Saturday, October 07, 2006

PENGENALAN @ HOME - Nurussyifa'



Bismillahirrohmannirrohim,


Wajib menjaga diri dari meminta-minta sebagai orang mukmin itulah yang dikehendaki oleh Allah yang Maha Besar.

Saya tidak mahu membuang masa tuan dan puan juga adik dan abang. Beginilah, saya perhatikan banyak sekali lawan web yang mewah-mewah dan mahal-mahal mengiklankan kaedah pengubatan yang di namakan Islam samada di Msia/Singapura/Indonesia yang mana saya dapati hampir kesemuanya berorientasikan keuntungan dan pembayaran tergesa-gesa.

Saya kadang merasa pelik dengan pelbagai dakwaan kekuasaan dan keampuhan malah jaminan mereka akan ilmu yang mereka miliki. Malah ada yang tanpa segan silu meminta mahar yang tinggi dan yang lucunya ada yang meminta dalam dollar US.

Sebenarnya tuan/puan dan semua. Saya amat takut bila mengingatkan ayat Allah dlm al-Quran yang berbunyi: " Janganlah kamu menjual ayat-ayat Allah dengan wang yang sedikit " Untuk penerangan ayat ini adalah ayat mutasyaabihat yang kalau tidak betul-betul kita boleh jadi miring mentafsir sendiri mengikut sesuka hati malah boleh terhukum sesat. Firman Allah dalam surah Yunus: " Tiadalah dugaan itu hampir pada kebenaran " dan lagi " mereka itu hanya menurut dugaan/persangkaan mereka sahaja. Akhir kata firman Allah yang muuhakamat* adalah:

" Tiadalah sesusah kebenaran itu melainkan kesesatan."

Tuan/puan dan saudara Muslim ku yang ku kasihi semuanya. Hanya satu sahaja yang saya lihat sebuah pusat perubatan yang tidak mengenakan apa-apa bayaran dan ini perkara yang amat dijaga. Ianya adalah Pusat Perubatan Darusyifa' kepunyaan Dato Dr Harun Din. Sebenarnya penubuhan NURUSSYIFA' banayak mengambil contoh dan iktibar dari kesungguhan beliau menolong segenap agama Allah yang memerlukan apatah lagi mereka yang sedang dideritai penyakit atau masalah yang mencemaskan dan bertahun-tahun menghantui diri seseorang Muslim itu. Alhamdulillah segala ini dapat saya anggap sebagai fardu kifayah dan kerja amal kebajikan sesungguh Allah mahu melihat bagaimana kita bekerja dan Ia berpesan kepada para malaikatnya untuk menuliskan setiap pekerjaan kita tatkala kita mula memasukinya. [rujuk surah yunus.]

Setiap manusia punya kelemahannya. Begitu juga dengan Darussyifa yang ingin saya tegur pertubuhan mereka ini dalam bab ilmu terlalu jumud pula sistem yang di guna pakai. Antaranya ia mengkehendaki setiap pelatih yang mahu menuntut atau belajar dari Tuan Guru terutama Dato Dr Harun Din sendiri; bahawa mereka mestilah di perkenalkan dan disokong oleh ahli lama satu atau dua orang. Ini adalah syarat wajib mereka yang saya sangat kesali. Diharap pandangan saya yg ikhlas ini diterima oleh Dato dengan hati terbuka dan dengan inilah kita bersaudara iaitu tegur menegur. [down]

Antara lain tujuan penubuhan Nurussyifa adalah kembali mengajak khalayak umat Islam Muslim Malaysia kembali kepada ajaran kitab dan sunnah. Hendaklah sentiasa ada yang menegakkannya iaitu mengangkat panji-panji seruan. Kita di galakkan berkejar-kejaran dalam amal kebajikan. Berlomba-lombalah seperti Firman Allah. Janganlah ada sesiapa yang tersinggung jika kerana saya menegur Dato Harun Din. Saya mengasihi beliau dan semuanya. Kita bersaudara dan kita di namakan oleh Allah sebagai orang MUSLIM bukan orang ISLAM. Tetapi mutakaakhir ini semuanya tidak memakai gelar itu dan nampak sangat ia merupakan tidak pekanya kita umat Muslim di Msia akan setiap DETAILS dan perincian yang Allah TUTURKAN. Allah telah bertanya kepada manusia perkataan manakah yang terbaik melainkan perkataan Allah. Sayang kita kadang alpa dan lalai tidak memakainya atau meregulasikannya sedapat mungkin. Bukankah Allah sudah berfirman bahwa Ia tiada meninggalkan satu apapun dalam Quran ini. Itulah jaminan Allah.

Untuk makluman saya juga pernah menegur YB Datuk Nik Aziz Nik Mat secara terbuka di akhbar dan dijawab secara peribadi dan dalam bentuk buku oleh beliau dan ia boleh di dapati di halaman rasmi web menteri besar kelantan. htt://------- juga dalam buku terbaru koleksi syarah beliau sebagai menteri besar 2006 iaitu: NIK AZIZ UNPLUGGED Buku ini adalah koleksi yang dihimpun oleh Setiausha Politik kepada Menteri Besar Kelantan. Bawah tajuk " LETAKKAN TAQWA ANTARA KEDUA MATA " no tel:- 012-2753372
Juga tidak terkecuali Dato' Dr Ismail Kamus yang saya teLAH saya tegur lantaran pendapatnya dalam siaran langsuung DEBAT PERDANA TV3 dimana beliau telah berkata bahawa ulama tidak boleh ditegur. Saya lantas menirim surat keakhbar menegurnya dan mengatakan kepada beliau suruh merujuk Surah Abasa di mana Nabi juga di tegur oleh seorang yang tua lagi buta dan baginda di perintahgkan Allah agar melayani pertanyaan aduan orang tua tersebut. Janganlah kita memalingkan muka maksudnya.

Masyaallah tuan/puan, orang-orang ini setaraf dan selayaknya dan saya anggap eperti bapa-bapa saya sendiri khasnya. Saya bersyukur dapat hidup bersama-sama mereka dan jika boleh ingin turut sama menyumbang bakti dan amal yang di redhai Allah. Kita semua Khalifatul Ardh'. Tidak boleh tidak dan wali yang sebenar kepada kita adalah Allah jua.....jangan kita lupa itu. Jangan kita mahu di injak-injak ya....berfikirlah dan hari demi hari hendaklah kita menajamkan mata fikiran kita.

Maaf saya agak lari dari teks asal. Insyaallah laman BLOG ini dapat memperhubung kita dan saling berkenal-kenal dan berkasih antara sesama kita. Syukur Ya ROBB. Saya sudahi dahulu sengan sebuah ringkasan petikan hadis Rasulullah SAW:

" Antara Ilmu Itu Ialah Pandai Bertanya "

No comments: